UIAM jalin kerjasama dengan enam organisasi industri

UIAM jalin kerjasama enam organisasi industri

UIAM menjalinkan kerjasama dengan enam organisasi industri dengan memeterai MoU secara dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjalinkan kerjasama pintar dengan enam organisasi industri dalam memantapkan jaringan dalam pelbagai bidang dengan pihak akademik bagi manfaat kedua-dua pihak.

Menurut kenyataan UIAM, kerjasama itu dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan dua organisasi antarabangsa dan empat organisasi tempatan bagi aspek penyelidikan dan pembangunan akademik dalam menerajui ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan, kemanusiaan dan teknologi.

Katanya, syarikat yang terlibat dalam kerjasama itu ialah Coretech System Co. Ltd., Global Peace Mission, Institut Jantung Negara Sdn. Bhd., Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd., Nippon Muslim Corporation dan The Trustees Of Hidayah Centre Foundation Registered.

Mengulas mengenai usaha itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, kerjasama itu akan memantapkan lagi jabatan dan pusat pembangunan yang terlibat. 

“Selain itu juga pihak fakulti (Kuliah) juga dapat menerima manfaat untuk para pelajar dari segi penyelidikan, latihan akademik, projek penyelidikan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” ujarnya hari ini.

Kuliah yang akan terlibat dalam kerjasama ini ialah Kuliah Kejuruteraan dan Kuliah Pengurusan Dan Bahasa, manakala pejabat dan pusat yang terlibat ialah Pejabat Jaringan Industri (OIL) dan Pusat Perkhidmatan dan Jalinan Komuniti (CENSERVE) selain Sultan Ahmad Shah Medical Centre@IIUM.

Kerjasama ini juga akan menjadi nilai tambah potensi dan bakat kepada organisasi terlibat memberikan penghasilan terbaik dalam kualiti pengajaran, pendidikan dan penyelidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.