Ugut wang warga asing, empat lelaki tempatan diberkas polis - Utusan Malaysia

Ugut wang warga asing, empat lelaki tempatan diberkas polis

SEBAHAGIAN daripada barang kes rompakan warga asing oleh suspek lelaki tempatan yang dirampas oleh polis di sebuah rumah di Bentong, Pahang. - IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis di sini menyelesaikan kes rompakan membabitkan seorang warga asing setelah memberkas empat lelaki tempatan di sebuah taman perumahan bandar ini, minggu lalu.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian bermula pada 6 Oktober lalu, pukul 5 petang apabila mangsa berurusan seorang lelaki tempatan tentang urusan jualan besi buruk di kawasan rumah terbakar pekan Karak.

“Mangsa kemudian ditinggalkan bersendirian di hentian bas kawasan Kampung Karak Setia pada pukul 8.30 malam. Selepas itu, tiga lelaki tempatantelah meminta wang, tetapi mangsa enggan lalu ditarik ke dalam kereta suspek.

“Suspek menelefon isteri mangsa supaya memasukkan wang sejumlah RM8,000 ke akaun salah seorang daripada mereka serta mengugut membunuh mangsa sekiranya enggan membuat pembayaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, susulan kejadian itu berasaskan maklumat orang ramai pada 14 Oktober antara pukul 6 hingga 8 malam, polis d membuat pemantauan dan serbuan di kawasan taman perumahan bandar Bentong.

“Dalam serbuan berkenaan, polis menangkap empat warga tempatan berusia antara 22 hingga 35 tahun. Polis turut menemukan sebuah telefon milik mangsa serta merampas kenderaan milik suspek,” katanya.

Beliau berkata, keempat-empat suspek direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut, manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya