PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik sesak di lorong keluar dan masuk tol Sungai Petani Utara (U) akibat gangguan bekalan elektrik.
“Trafik sesak di tol Sungai Petani Utara. Pelanggan dinasihatkan menggunakan tol Sungai Petani Selatan. Pandu cermat,” tulisnya melalui ciapan di laman Twitter Plusline.
Sehingga pukul 3.15 petang ini, trafik masih dilaporkan sesak di tol Sungai Petani (U).
Pelanggan dinasihatkan menggunakan tol Sungai Petani Selatan.










