Timbalan Speaker: Pencalonan Ramli dapat restu - Utusan Malaysia

Timbalan Speaker: Pencalonan Ramli dapat restu

RAMLI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan pencalonan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi  Twitternya malam tadi.

 “YAB PM & YB Presiden #UMNO telah keduanya bersetuju agar YB Ramli Mohd. Nor #AhliParlimen #CameronHighlands dicalonkan sebagai Timbalan Speaker #DewanRakyat.

“Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon. Hari ini hari akhir untuk cadangan nama, sebelum sidang #Parlimen 25/10/21,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN