Timah uji toleransi masyarakat Malaysia – Kah Keong - Utusan Malaysia

Timah uji toleransi masyarakat Malaysia – Kah Keong

MAK KAH KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran wiski berjenama Timah yang menjadi topik hangat baru -baru ini menjadi ujian toleransi kalangan masyarakat Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Gerakan, Mak Kah Keong berkata, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai pegangan dan sikap tanggungjawab dalam diri masing-masing, ini termasuk dengan penjual serta pembeli.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib untuk menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kita juga tahu tentang larangan-larangan yang harus dipatuhi oleh penganut agama Islam, mereka dilarang untuk minum atau berurusan berkaitan arak.

“Jadi tanggungjawab bersama untuk memahami itu penting demi kesejahteraan negara, agama Islam tidak menafikan hak-hak orang bukan Islam untuk meminum atau membuka kilang arak tetapi harus mengikut peraturan serta undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kemunculan wiski jenama Timah menimbulkan provokasi sentimen umat Islam kerana menggunakan nama Timah dan logo lelaki yang dikatakan memakai kopiah.

Kah Keong berkata, pemimpin-pemimpin negara perlu menyelesaikan isu ini dengan menjadi pembela sekiranya maruah agama Persekutuan dicabul.

Peranan mereka penting iaitu sepatutnya mereka mengetahui perbezaan bukannya menimbulkan konflik.

Jelasnya, mereka sebagai ‘penggubal polisi perlu meneliti semula dasar-dasar baharu berkaitan isu ini agar semua pihak mendapat keadilan.

“Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sentiasa berlaku adil biarpun kepada orang bukan Islam, keadilan ini dapat dilihat apabila orang bukan Islam turut mendapat pertolongannya ketika susah dan ini membuktikan pentadbiran di bawah seorang yang beragama Islam bukan zalim tetapi lebih kepada aman dan harmoni,” katanya.

Kah Keong menyeru kepada pihak-pihak di luar sana untuk mengambil hikmah dan kebaikan kenapa Islam mengharamkan arak.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya