Faye Kusairi kongsi momen bersama Markis Kido, sifatkan individu popular juga tidak berlagak - Utusan Malaysia

Faye Kusairi kongsi momen bersama Markis Kido, sifatkan individu popular juga tidak berlagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

120626 – Sukan – Faye Kusairi

QHAIRUL NIZAM HASHIM
[email protected]

PETALING JAYA: Pelakon Faye Kusairi mendedahkan tiada seorang pun dalam kalangan atlet bertaraf antarabangsa yang pernah ditemuinya berlagak dan tidak melayan peminat termasuk lagenda badminton Indonesia, mendiang Markis Kido.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, menyifatkan golongan profesional itu sebagai individu yang sangat menghormati orang lain dan mudah untuk didekati.

“Banyak-banyak juara dunia dan atlet bertaraf dunia yang pernah saya jumpa dan akhirnya bersosial bersama, tidak ada seorang pun yang sombong apatah lagi berlagak.

“Saya pernah mendapat peluang bermain badminton dengan mendiang Markis Kido, namun sayangnya bukan berpasangan dengan beliau. Tetapi, saya tetap berasa seronok kerana dapat menentang beliau bermain dalam acara beregu campuran,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Faye menambah, pemenang pingat emas Sukan Olimpik itu langsung tidak mengecewakan dari segi layanan dan keperibadian di luar gelanggang.

“Sumpah ia menjadi kenangan yang paling terbaik kerana saya sememangnya meminati beliau sebelum ini. Beliau sangat rendah diri dan juga peramah,” ujarnya.

Perkongsian Faye itu dipercayai jelas memperlihatkan hasratnya untuk berkongsi kepada umum bahawa individu yang mempunyai nama besar itu sebenarnya masih merendah diri ketika bersama peminatnya.

Untuk rekod, Faye merupakan artis kelahiran Sarawak dan mula dikenali ramai menerusi lakonan mantapnya dalam beberapa drama rantaian popular tempatan seperti Istikharah Cinta dan 7 Hari Mencintaiku.

Sementara itu, mendiang Markis Kido merupakan legenda badminton Indonesia yang terkenal dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Hendra Setiawan, dan telah menghembuskan nafas terakhir pada Jun 2021 akibat serangan jantung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN