Tiga lelaki mengaku tidak salah dakwaan sembunyi duit pelaburan RM2.8 juta - Utusan Malaysia

Tiga lelaki mengaku tidak salah dakwaan sembunyi duit pelaburan RM2.8 juta

TIGA lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyembunyikan duit orang lain menerusi syarikat pelaburan tidak wujud di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dakwaan menyembunyikan duit orang lain menerusi syarikat pelaburan tidak wujud berjumlah RM2.8 juta.

Tertuduh, Ng Kai Seng, 26, On Hui Lin, 34, dan Low Kheh Sheng, 24, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua 27 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah.

Kai Seng didakwa atas 10 pertuduhan, Hui Lin (16 pertuduhan) dan Kheh Sheng satu pertuduhan. 

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan tidak jujur menyembunyikan wang kepunyaan Tok Kai Soon yang dipindahkan ke akaun bank individu dan syarikat milik ketiga-tiga tertuduh. 

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara bulan Mei hingga Jun lalu di Pelindung Heights, dalam daerah Kuantan di sini. 

Ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang mana  jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azrin Wan Zaid dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Nurul Farahah menetapkan jumlah ikat jamin berlainan bagi setiap tertuduh iaitu RM2,000, RM2,500 dan RM3,000 dan 17 November untuk sebutan semula kes. 

Jumlah ikat jamin ketiga-tiga tertuduh keseluruhannya berjumlah RM57,000 yang mana Kai Seng RM22,000, Hui Lin (RM32,000) dan Kheh Seng RM3,000. 

Difahamkan, ketiga-tiga tertuduh membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya