Tiga ditahan terlibat kes pecah kedai, rumah - Utusan Malaysia

Tiga ditahan terlibat kes pecah kedai, rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah dan kedai dalam kes berasingan di sekitar Kajang, dekat sini.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga tempatan berhubung kes pecah kedai di Puchong Jaya, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokasi kejadian selepas polis menyerbu kawasan berkenaan kira-kira pukul 4 petang hari sama.

Katanya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu mengaku melakukan jenayah pecah kedai di sekitar daerah itu.

“Dalam tangkapan itu, polis menemukan semula barang yang dicuri mereka.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan serta siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Zaid berkata, tangkapan kedua melibatkan penahanan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Kajang Prima, di sini semalam.

Ujarnya, suspek berusia 29 tahun itu ditahan bersama beg galas yang mengandungi barangan dicuri.

“Polis merampas barangan curi bernilai RM24,000. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya