Tiga beradik terselamat dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Tiga beradik terselamat dalam kebakaran

ANGGOTA bomba dan Penyelamat membantu memadam kebakaran bilik stor di sebuah rumah teres dua tingkat di Puchong, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga beradik terselamat selepas stor di rumah teres dua tingkat diduduki mereka terbakar dalam kejadian di  Pulau Meranti, Puchong, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar bekerja.

“Ketika kejadian terdapat tiga kanak-kanak di dalam rumah, seorang daripadanya mengalami sesak nafas dan dua lagi tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, berikutan kejadian itu, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberajaya ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat tiba pada 10.37 pagi dan melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan kebakaran.

“Pemeriksaan mendapati berlaku kebakaran di bilik stor rumah teres dua tingkat berkenaan dan 10 peratus kebakaran berlaku di bilik terbabit sebelum api dipadamkan,” jelasnya. – UTUSAN ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN