PUTRAJAYA: Buat hari kedua berturut-turut, tiada lokaliti baharu di negara ini yang bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh selama 14 hari.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad malahan memaklumkan bahawa tiada juga lokaliti yang dilanjutkan PKPD pada esok.
Sehubungan itu ujar beliau lagi, tidak ada mana-mana lokaliti di seluruh negara yang akan menyaksikan penamatan sekatan secara bersasar tersebut. – UTUSAN ONLINE