Terpedaya pembelian kereta terpakai tidak wujud, penjual kerugian RM158,500 - Utusan Malaysia

Terpedaya pembelian kereta terpakai tidak wujud, penjual kerugian RM158,500

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat seorang penjual kereta membeli lapan kereta terpakai tidak kesampaian malah kerugian RM158,500 selepas diperdaya individu yang kononnya orang tengah bagi membekalkan kenderaan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 1 Mei tahun lalu, mangsa berusia 32 tahun berasal dari Pasir Puteh, Kelantan diperkenalkan kepada seorang individu oleh rakannya bagi memudahkan membuat urus niaga pembelian kereta terpakai.

“Tanpa sedar, mangsa mula diberikan janji kosong apabila suspek memberitahu akan menghantar lapan buah kereta terpakai pelbagai harga dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM158,800.

“Jenis kereta ditawarkan ialah tiga buah Toyota Wish, dua Perodua Myvi dan masing-masing sebuah iaitu Honda Stream, Toyota Altis dan Toyota Vios,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, setelah meneliti tawaran diberikan, mangsa bersetuju dan telah membuat pembayaran secara dalam talian.

“Mangsa membuat pembayaran daripada akaun syarikat miliknya kepada akaun peribadi suspek sebanyak 12 kali bermula awal Jun hingga Ogos 2020.

“Namun, sejak dari bulan Ogos tahun lalu, mangsa gagal menghubungi suspek untuk mendapatkan pengesahan lanjut tentang pembelian kereta terpakai itu,” katanya.

Beliau berkata, setelah merasa tertipu dengan perbuatan suspek, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading, di sini semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya