Terpaksa guna lori kelapa sawit untuk bawa jenazah - Utusan Malaysia

Terpaksa guna lori kelapa sawit untuk bawa jenazah

PENDUDUK Felda Cherul mengusung keranda ke dalam kenderaan pacuan empat roda sebelum membawa jenazah ke tanah perkuburan. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Setiap kali berlaku kematian, penduduk di Felda Cherul 1 dan 2 di sini terpaksa menggunakan lori mengangkut buah kelapa sawit di samping kenderaan pacuan empat roda bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Situasi yang berlarutan lebih 35 tahun lalu itu disebabkan ketiadaan van jenazah di kawasan penempatan berkenaan.

Ketua peneroka, Manap Jusoh berkata, proses akhir pengurusan jenazah sering kali berdepan cabaran berikutan tiada kenderaan bersesuaian ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira dua kilometer dari masjid, terutama jika hujan.

Katanya, walaupun permohonan untuk mendapatkan van jenazah bagi kegunaan lebih 2,000 penduduk di tanah rancangan itu sudah dikemukakan kepada beberapa pihak, namun usaha berkenaan masih menemukan jalan buntu.

“Sebelum ini kami menggunakan lori satu tan milik peneroka dan sejak dua tahun lalu, proses penghantaran jenazah menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disumbangkan pihak koperasi Felda.

“Jadi kami merayu bantuan sebuah van jenazah bagi menghormati jenazah dan dalam masa sama dapat menggantikan kenderaan rasmi iaitu lori mengangkut buah kelapa sawit dan pacuan empat roda,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Felda Cherul hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Cherul 2, Mad Zaid Jusoh berkata, penduduk terpaksa lebih berhati-hati berikutan saiz keranda yang lebih panjang daripada lori atau kenderaan pacuan empat roda.

“Pintu belakang kenderaan tidak boleh ditutup disebabkan saiz keranda, jadi kami perlu memegangnya (keranda) dan situasi itu berbahaya, malah berisiko tergelincir jika hujan.

“Selain itu, kami juga perlu menggunakan payung untuk menghalang keranda daripada dibasahi hujan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.