Terengganu syor wajib ujian RTK kepada pelancong Tasik Kenyir, pulau - Utusan Malaysia

Terengganu syor wajib ujian RTK kepada pelancong Tasik Kenyir, pulau

PELANCONG tidak melepaskan peluang bergambar di Pantai Mangkuk di Setiu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Terengganu berhasrat mewajibkan pelaksanaan ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri kepada mana-mana pengunjung Tasik Kenyir dan pulau-pulau peranginan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat itu bagi mengekang penularan jangkitan Covid-10 susulan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, esok.

Kita akan memasuki Fasa 4 PPN dan walaupun ujian RTK tidak diwajibkan sebelum ini tetapi kita berharap langkah itu dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di sini hari ini.

Bermula Isnin ini, Johor dan Terengganu beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 PPN.

Dalam perkembangan sama, Ariffin meminta pengusaha hotel dan resort di negeri ini agar sentiasa memastikan pematuhan SOP di premis masing-masing berada di tahap optimum. 

“Kita berharap para pengusaha dapat mengamalkan SOP yang ketat dan memastikan semua pelanggan patuh kepada peraturan ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya