Tengkujuh: 731 peruncit, pemborong dilantik simpan bekalan tambahan barangan keperluan asas - Utusan Malaysia

Tengkujuh: 731 peruncit, pemborong dilantik simpan bekalan tambahan barangan keperluan asas

ROSOL Wahid (tengah) melakukan gimik pelancaran dalam program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Redi) di Pasar Besar Kuala Berang di Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 731 peruncit, pemborong dan pengilang terpilih dilantik di seluruh negara bagi menyimpan bekalan tambahan barangan keperluan asas semasa musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, daripada jumlah itu, seramai 428 orang merupakan peruncit diikuti 299 pemborong dan empat pengilang.

Katanya, kesemua mereka dibenarkan menyimpan 30 peratus lagi barangan berbanding stok sedia ada. 

“Langkah ini sebagai persediaan untuk memastikan bekalan makanan dan keperluan di 1,030 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Redi) di Pasar Besar Kuala Berang di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rosol menasihatkan pengguna agar tidak panik di samping mengelakkan pembelian berlebihan kerana bekalan barang dijamin mencukupi.

Sementara itu, beliau menyasarkan penglibatan seramai 15,200 peniaga kecil dan mikro di seluruh negara dalam program Redi hingga akhir tahun depan sekali memperluaskan penggunaan e-wallet di luar bandar.

Katanya, penggunaan e-wallet bukan sahaja memberi nilai tambah besar terhadap pengembangan perniagaan, malah dapat memastikan peniaga mempunyai pengurusan rekod kewangan yang lebih tersusun dan sistematik.

“Pelaksanaan Redi di Kuala Berang hari ini sekali gus membolehkan kawasan ia muncul wilayah e-wallet luar bandar pertama di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN