Tapak pembinaan diserbu, gaji warga asing guna ‘orang tengah’ - Utusan Malaysia

Tapak pembinaan diserbu, gaji warga asing guna ‘orang tengah’

Jabatan Imigresen Malaysia  menjalankan OP Mahir dengan kerjasama PDRM, JPN dan JPAM di tapak pembinaan sekitar Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah syarikat mengambil jalan mudah dengan mengaji pekerja asing melalui ‘orang tengah’ mengundang padah apabila tapak pembinaan yang terletak di Wangsa Maju, Setapak, di sini diserbu pihak berkuasa, di sini, hari ini.

Menerusi operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira pukul 12 tengah hari itu, sebanyak 254 pekerja asing  diperiksa.

Daripada jumlah itu, sebanyak 213 pekerja binaan warga asing terdiri 210 lelaki dan tiga wanita ditahan selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri 172 warga Bangladesh diikuti Indonesia (20 orang), Pakistan (10 orang), Vietnam (enam orang), India (tiga orang) dan Myanmar (dua orang).

Antara kesalahan yang dilakukan ialah mengikut Seksyen 6(1)(c) ; Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia sepanjang operasi itu dijalankan, tapak pembinaan tersebut didapati beroperasi mengikuti spesifikasi yang ditetapkan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB).

Namun, apa yang mengejutkan, sebahagian pekerja warga asing yang ditahan didapati telah menyalahgunakan permit mereka dengan bekerja di tapak pembinaan itu sedangkan mereka sepatutnya bekerja di syarikat lain.

Bukan itu sahaja, ada juga di antara pekerja binaan tersebut memiliki permit yang bekerja sektor lain.

Sehubungan itu, kesemua pekerja warga asing terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk proses dokumentasi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN