Tabung Khas SKM bantu 320,244 ahli koperasi di Kelantan - Utusan Malaysia

Tabung Khas SKM bantu 320,244 ahli koperasi di Kelantan

ZAINUDDIN Mohamed (kanan) melakukan gimik pelancaran Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) COOPUSMA di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan menyediakan Tabung Khas Covid-19 bagi membantu 320,244 ahli di seluruh negeri demi kelangsungan perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik tersebut.

Pengarahnya, Zainuddin Mohamed berkata, bagi koperasi yang membuat pinjaman melalui Tabung Khas yang diperuntukkan Kementerian Kewangan itu, pihaknya telah melanjutkan moratorium bayaran balik sehingga September baru-baru ini.

“SKM Kelantan memberi pinjaman sehingga RM10 juta kepada koperasi-koperasi bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan diceburi seperti peruncitan, pemborongan, pertanian dan perladangan.

“Setiap ahli yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula telah diberi peluang membuat pinjaman melalui koperasi masing-masing untuk mendapatkan modal pusingan agar dapat meneruskan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Berhad (COOPUSMA) di HUSM Kubang Kerian, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi COOPUSMA Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohamed Saat Ismail.

Zainuddin berkata, SKM sebenarnya telah memberi moratorium enam bulan kepada koperasi seluruh negara bermula tahun lalu dan pada tahun ini, moratorium tersebut dilanjutkan lagi sebelum berakhir bulan lepas.

Katanya, SKM membenarkan setiap koperasi yang membuat pinjaman sebanyak RM100,000 ke atas membuat bayaran balik dalam tempoh 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya