Sudah ada tiang sokongan alternatif untuk tanaman lada

Tiang sokongan alternatif untuk tanaman lada

WILLIE Mongin menunjukkan tanaman lada yang menggunakan tiang sokongan alternatif selepas Majlis Pelancaran Produk Hasil R&D: Manual Tiang Sokongan Lada & Manual Varieti Lada di Padawan, Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Jika sebelum ini penaman lada berdepan masalah untuk mendapatkan tiang sokongan untuk tanaman mereka, kini sudah ada tiang sokongan alternatif termasuk penggunaan bata merah, polyvinyl chloride (PVC), seramik dan pultrusion.

Penggunaan tiang kayu belian merupakan kaedah tradisional yang telah digunakan dan diwarisi oleh kebanyakan pekebun dan pengusaha lada sejak turun-temurun, namun kosnya yang tinggi sedikit sebanyak membantut usaha pekebun.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin berkata, tiang sokongan lada ini dibenarkan penggunaannya selepas melalui penyelidikan inovasi oleh pasukan pegawai penyelidik Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Sehubungan itu, beliau menggesa penaman lada merujuk kepada buku manual berkenaan yang memberi pengetahuan dan idea baharu mengenai pilihan dan jenis tiang sokongan lada yang boleh digunakan.

Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Produk Hasil R&D: Manual Tiang Sokongan Lada & Manual Varieti Lada di Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Willie, memandangkan sumber kayu belian semakin terhad dan sukar diperolehi maka kayu belian tidak lagi sesuai digunakan dalam kuantiti yang banyak bagi penanaman lada.

Malah, katanya, nilai harga kayu belian yang tinggi di pasaran merupakan salah satu punca kepada peningkatan kos bahan input pertanian, sekali gus menjadi faktor kekangan dan bebanan utama kepada para pekebun lada untuk bergerak lebih jauh.

“Hasil penyelidikan MPB menerusi Manual Tiang Sokongan Lada, dijangka dapat menangani masalah tersebut kerana pengisian manual ini dilihat dapat membimbing pekebun-pekebun baharu untuk mempraktikkan penggunaan tiang sokongan alternatif dalam tanaman lada.

“Pekebun dan pengusaha lada kini boleh menghasilkan tiang sokongan lada secara buat sendiri bagi PVC dan tiang bata merah atau secara pembelian berdasarkan cadangan MPB sama ada tiang seramik dan tiang pultrusion,” katanya.

Pun begitu, Willie menasihati para pekebun lada agar sentiasa beringat dan mengambil kira tahap kemampuan kewangan, kesesuaian dan keadaan tanah dalam pemilihan jenis tiang sokongan yang boleh digunakan di kebun masing-masing.

Ke arah memperkasa dan mengembalikan semula kegemilangan industri lada negara, Willie berkata, lada merupakan salah satu komoditi penting yang berpotensi tinggi di negara ini yang rata-rata dipelopori oleh golongan pekebun kecil dan masih kekal relevan sebagai sumber bahan mentah dan rempah ratus yang popular di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya