Suami maut ditikam isteri ketika bertengkar - Utusan Malaysia

Suami maut ditikam isteri ketika bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara cemburu, seorang lelaki maut dipercayai ditikam isterinya dalam satu pertengkaran di Kampung Laksamana, Batu Caves, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam pertengkaran itu, mangsa dipercayai mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek. 

Katanya, suspek bertindak balas dengan mematahkan besi kaki payung lalu terus menikam mangsa di bahagian bawah perut.

“Akibat tindakan tersebut, mangsa  rebah dan terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan meninggal dunia.

“Kita menerima panggilan kira-kira pukul 12.35 tengah malam daripada jiran mangsa yang memaklumkan berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Zainal Mohamed berkata, pihaknya telah menemukan senjata yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di bahagian belakang rumah suspek. 

Ujar beliau, wanita berusia 26 tahun turut ditahan dan direman tujuh hari untuk disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian adalah kerana cemburu. Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan esok selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh. 

“Sekiranya terdapat maklumat tambahan dari orang awam bolehlah berhubung dengan pegawai penyiasat dalam kes ini, Asisten Superintenden Agilan a/l Iswaran di talian nombor 03-61262222 / 019-5230801,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya