Suami isteri ditahan edar dadah di sekitar Mahang

Suami isteri ditahan edar dadah di sekitar Mahang

SAZALEE Adam (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada empat individu termasuk sepasang suami isteri di Kulim, Kedah, hari ini. - FOTO/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Mahang di sini sejak kira-kira setahun lalu dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rawa, Sedim, dekat sini semalam.

Pasangan suami isteri berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Kulim dalam Ops Tapis Khas kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, dalam serbuan tersebut, polis menemukan dua peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat tujuh gram.

“Selain itu, kita turut menemukan satu peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 207 gram,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kulim di sini hari ini.

Katanya, kegiatan pasangan dengan lelaki bekerja sebagai mekanik itu terbongkar susulan penahanan dua lelaki pada hari sama di kawasan Mahang.

“Lelaki pertama berusia lingkungan 20-an ditahan kira-kira pukul 11 pagi di kawasan ladang kelapa sawit di Ulu Dingin oleh anggota balai polis Mahang yang menjalankan rondaan.

“Hasil tangkapan itu polis menemukan satu beg mengandungi enam peket plastik lut sinar pelbagai saiz dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat kira-kira 270 gram dan satu peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 15 gram,” ujarnya.

Menurut Sazalee, kira-kira setengah jam kemudian, polis menahan seorang lagi lelaki berusia lingkungan 30-an di tepi jalan berhampiran Kampung Ulu Dingin.

“Kita menemukan dua peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 19.5 gram dan satu peket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 2.5 gram,” jelasnya.

Tambahnya, tiga suspek lelaki didapati positif dadah manakala wanita terbabit negatif dadah.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas ialah 350 gram heroin dan 48 gram syabu dengan nilai rampasan RM24,000 dan kesemua suspek direman bermula hari ini hingga 27 Oktober depan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN