SK Lubuk Periuk dinaiki air - Utusan Malaysia

SK Lubuk Periuk dinaiki air

ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memantau situasi banjir kilat di Sekolah Kebangsaan Lubuk Periuk di Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Hujan lebat selama tiga jam di daerah ini sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kampung Lubuk Periuk di sini termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periuk dinaiki air.

Kejadian banjir kilat itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pemindahan penduduk apabila air surut sepenuhnya lewat malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, kawasan perkampungan berkenaan lazim dinaiki air saban tahun jika hujan lebat berterusan akibat limpahan Sungai Peneh yang terletak berhampiran.

Katanya, selain sekolah, banjir semalam turut menjejaskan beberapa laluan di kampung itu tanpa melibatkan rumah penduduk.

“Air surut sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah malam di kawasan Kampung Baharu Lubuk Periuk manakala di Kampung Lubuk Periuk pula dilaporkan lebih awal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rasek meminta penduduk kampung bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu memasuki musim tengkujuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya