Seorang lelaki maut, dua kenderaan bertembung - Utusan Malaysia

Seorang lelaki maut, dua kenderaan bertembung

KENDERAAN yang terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Safoda, Papar semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Safoda, Papar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Faisal Lorong, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Roslie Jun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 10.43 malam dan sepasukan 10 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa tersepit dalam kemalangan yang membabitkan Toyota Vigo dan Nissan Vanette tersebut.

Pasukan bomba kemudian membantu mengeluarkan mangsa tersepit  dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dua mangsa yang mengalami cedera ringan termasuk anak mangsa, Mohd. Amierul Faisal, 15, diberi rawatan awal oleh pasukan khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.17 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.