Seminggu negara catat tiada sebarang lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Seminggu negara catat tiada sebarang lokaliti kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat hari ketujuh berturut-turut, tiada lokaliti baharu di negara ini yang bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 14 hari.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, tidak ada juga lokaliti dilanjutkan PKPD pada esok.

Menurutnya, sehubungan itu tiada mana-mana lokaliti di seluruh negara yang akan menyaksikan sebarang penamatan sekatan pergerakan secara bersasar tersebut.

Kali terakhir PKPD diumumkan beliau ialah pada 21 Oktober lalu dengan melibatkan dua buah perkampungan masyarakat Orang Asli dalam Mukim Batu Talam, Raub, Pahang.

Sementara pada 24 Oktober lalu, sebuah skim tanah rancangan Felda juga di daerah sama di negeri itu ditamatkan PKPD keesokannya setelah dikenakan PKPD pada 12 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya