Seminggu enggan bercakap, wanita hilang terjun Sungai Perak - Utusan Malaysia

Seminggu enggan bercakap, wanita hilang terjun Sungai Perak

OPERASI mencari dan menyelamat seorang wanita yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang dekat Teluk Intan, Perak hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada suami wanita tersebut yang mengesyaki isterinya terjun ke dalam Sungai Perak.

Katanya, ia berikutan penemuan kereta wanita terbabit berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 4.30 petang.

“Menurut suami wanita berusia 49 tahun itu, kehilangan isterinya disedari pada pukul 9 pagi setelah didapati tiada di rumah.

“Lelaki itu cuba menghubungi wanita terbabit namun panggilan tidak dijawab sebelum menjumpai kereta yang ditinggalkan di tepi Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, suami wanita itu membuka kereta menggunakan kunci pendua dan menjumpai kad pengenalan beserta dompet milik isterinya.

Katanya, lelaki berusia 55 tahun yang mengesyaki isterinya  terjun ke dalam Sungai Perak itu membuat laporan polis untuk bantuan.

“Kita diberitahu oleh suami wanita itu yang isterinya mengalami kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu. 

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula pukul 8 pagi tadi melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.