Sekali naik, bawa turun 20 kg. sampah - Utusan Malaysia

Sekali naik, bawa turun 20 kg. sampah

CIKGU Nimar atau nama sebenarnya Nik Muhammad Adib Mustapa menjadikan aktiviti mendaki ke puncak Bukit Panau sambil mengutip sampah sebagai rutin sejak beberapa tahun lalu. – UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Semakin ramai pe­ngunjung memanjat Bukit Panau dekat sini, semakin banyak pula longgokan sampah yang perlu dibersihkan salah seorang sukarelawan, Cikgu Nimar di sepanjang laluan pendakian hingga ke puncak bukit tersebut.

Cikgu Nimar atau nama sebenarnya Nik Muhammad Adib Mustapa, 57, menjadikan aktiviti mendaki ke puncak Bukit Panau sambil mengutip sampah sebagai rutin sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

 

 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, guru tuisyen Matematik itu memberitahu, kebenaran untuk beriadah menyaksikan orang ramai berpusu-pusu naik ke puncak Bukit Panau pada waktu pagi dan petang, terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

Dia mengakui gembira melihat Bukit Panau semakin dikenali, namun sedih apabila masih ramai pengunjung membuang sampah merata-rata biarpun pihak pengurusan sudah menyediakan empat tong sampah di puncak bukit.

Katanya, Jumaat dan Sabtu menjadi hari paling memenatkan sukarelawan apabila jumlah keseluruhan sampah terkumpul pada kedua-dua hari tersebut mampu mencecah 40 kilogram (kg) , atau kira-kira 20 kilogram sehari, berbanding hari lain sekitar tiga atau empat kilogram (kg) sahaja.

“Sekarang saya beri tum­puan kepada Jumaat dan Sabtu kerana bilangan pengunjung naik sampai 5,000 orang sehari. Saya dibantu sukarelawan lain akan memulakan pendakian lebih kurang pukul 8 pagi untuk mengutip sampah bermula di kaki bukit hingga ke puncaknya.

“Kebanyakan adalah sampah ringan seperti botol dan kotak minuman, kertas atau plastik pembalut makanan, namun apabila terlalu banyak, memang melelahkan untuk dikutip sebelum dibawa turun dari puncak bukit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bukit Panau, Kamaruzzaman Kail, 63, berkata, sampah dibuang pengunjung biasanya dikutip pihak pengurusan sendiri bersama Cikgu Nimar sebagai sukarelawan tetap, selain dibantu kumpulan sukarelawan lain.

“Sukarelawan terdiri daripada pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kariah Masjid Besar Tanah Merah diketuai Imam Masjid sendiri yang datang pada setiap hujung minggu. Sebelum ini, Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) membekalkan sebuah tong sam­pah besar di kawasan ini namun ketika Bukit Panau di­tutup sepanjang

Perintah Ka­walan Pergerakan (PKP), tong sampah itu ditarik balik. Kami harap MDPM menyediakan se­mula tong sampah besar itu bagi memudahkan kami membuang sampah-sampah yang terkumpul setiap hari,” kata­nya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.