fbpx

8 Disember 2021, 12:01 pm

  TERKINI

“Saya tahu Tasha nak cuba bersalin normal”-Raqib kongsi isteri terpaksa bersalin secara pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Raqib Majid memberitahu isteri tercintanya yang juga penyanyi, Tasha Manshahar terpaksa bersalin secara pembedahan untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Raqib juga memaklumkan, keadaan bayinya di dalam kandungan itu masih dalam keadaan songsang seperti yang pernah dimaklumkan, sebelum ini.

Dedah penyanyi itu juga, isteri kesayangannya itu berasa sedikit sedih kerana untuk kali kedua bakal melahirkan cahaya mata mereka secara pembedahan.

“Cuma Tasha sedih sedikit hari ini kerana doktor kata bayi tidak pusing ke posisi sepatutnya. Jadi doktor mencadangkan untuk set tarikh.

“Saya tahu jauh disudut hati Tasha ingin mencuba untuk bersalin normal, kerana dia sudah mempunyai pengalaman pembedahan semasa melahirkan Muammar.

“Namun, saya pesan kepada dia Allah tahu yang terbaik. Yang penting Mommy dan bayi selamat. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan kami sekeluarga.

Perkhabaran tersebut, dikongsinya menerusi entri Instagram dengan memuat naik satu hantaran video yang memaparkan sepanjang perjalanan dia menemani Tasha di hospital bagi melakukan pemeriksaan kandungan.

“Sebagai seorang suami dan ayah, walau sibuk mana tetap saya cuba adakan masa untuk tidak terlepas menemani Tasha melakukan pemeriksaan dari dia mengandungkan Muammar lagi.

“Alhamdulillah, Allah beri rezeki waktu. Kali ini Tasha bertanya boleh ke dia nak memilih hospital yang dia nak, jadi saya tunaikan. Doakan saya ya,” ujarnya panjang.

Terdahulu, Tasha pernah memaklumkan keadaan bayi dalam kandungannya itu masih di posisi songsang.

Sekadar Informasi, Tasha dan Raqib telah mendirikan rumah tangga, pada tanggal 8 September 2018 dan dikurniakan anakanda sulung bernama Muammar Rafiqi, 2.

POPULAR

KOSMO! TERKINI