Saya jaga badan bukan untuk suami - Ozlynn Waty - Utusan Malaysia

Saya jaga badan bukan untuk suami – Ozlynn Waty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon yang juga isteri kepada pelawak terkenal, Johan Raja Lawak iaitu Ozlynn Waty, mendedahkan dia menitik beratkan amalan menjaga tubuh badan dengan rapi terutama selepas bersalin demi kesihatan diri sendiri.

Menurut Ozlynn, dirinya sudah terbiasa dengan amalan penjagaan kesihatan tubuh badan sejak remaja dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan rutin tersebut apalagi setelah baru sahaja bersalin anak keenam baru-baru ini.

“Ada yang cakap bagus Ozlynn jaga dalaman untuk suami. Hello! Saya jaga badan untuk diri sendiri, bukan suami. Sebab, kalau sakit, bukan suami kita yang boleh ambil sakit itu pun. Tetapi, rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman.

“Adakala saya buat sendiri saja. Bersauna, berbengkung sendiri. Ada rezeki lebih, dapatla ambil tukang urut. Apa pun, kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita. Tak perlu ikut orang,”katanya.

Ozlynn berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Selain itu, kata Ozlynn, dia sedar ramai berpendapat mereka yang dikurniakan kesenangan dan kemewahan lebih mudah untuk mendapatkan khidmat rawatan tertentu demi menjaga kesihatan tubuh badan.

“Ada juga orang yang ada duit, tapi tak nak jaga diri. Jadi berhentilah cakap, ‘alahai, kau ada duit bolehlah…’. Bagi saya, kalau rajin, tak payah guna modal pun boleh jaga badan. Contohnya, buat kerja rumah pun kategori senaman juga tahu.

“Basuh bilik air, tukar cadar katil, berus baju putih guna tangan. Jadi, jawapannya, bersenam ini tak semestinya pergi gimnasium. Satu lagi, banyakkan minum air suam. Saya sentiasa ada botol besar sebelah dan akan sentiasa suam,” katanya.

Dalam pada itu, Ozlynn juga berkongsi amalan kesukaannya semasa berpantang iaitu melakukan rawatan tangas.

Bagi pelakon ini, rawatan tersebut sangat bagus untuk kaum hawa dengan sekurang-kurangnya diamalkan selama tiga kali seminggu.

“Tapi, jujur saya cakap, selalunya selepas habis pantang 44 hari, saya masih lagi berpantang. Tak ambil makanan bersifat sejuk, makanan sejuk beku, makanan segera, air kordial, air gas, air tin. Ada itu, saya pantang sampai dua tahun tak usik makanan-makanan begitu.

“Tapi bergantunglah pada apakah makanan dan minuman itu. Selalunya juga, selepas bersalin normal, tiga bulan kemudian saya akan perlahan-lahan buat senaman ringan,”katanya.

Awal september lalu, Ozlynn dan Johan mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata keenam yang diberi nama Cherdiq.

Pengumuman itu disifatkan sangat mengejutkan kerana sebelum itu, pasangan ini tidak pernah memaklumkan berita kehamilan tersebut kepada umum.
Sebelum Cherdiq, Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya