Saya, bekas suami lebih fikir soal anak - Mas Anizan - Utusan Malaysia

Saya, bekas suami lebih fikir soal anak – Mas Anizan

MAS Anizan ketika ini hanya ingin memberi tumpuan terhadap soal anak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kisah perceraian pelakon era 90-an, Mas Anizan bukan lagi rahsia.

Mas yang diterjah dengan pelbagai soalan dari wartawan berkenaan isu perceraian, baru-baru ini tampil menjawab bagi meleraikan spekulasi berkenaan.

Katanya, dia lega dengan penerimaan anak, Ariana Marissa, 7, yang matang dalam menerima keputusan itu secara terbuka.

“Alhamdulillah, anak sudah dewasa. Mereka berfikiran matang dan terbuka.

“Saya dan bekas suami lebih memikirkan soal anak dan ketepikan hal-hal lain. Semuanya baik-baik sahaja dan ketika ini, anak-anak adalah keutamaan kami,” katanya.

Sudah menjadi satu ketentuan, perkahwinan kedua yang terbina bersama seorang ahli perniagaan sejak sembilan tahun lalu akhirnya ternoktah.

Bagi pelakon drama Sara Sajeeda ini, dia reda menerima takdir yang Tuhan tentukan untuknya dan bersyukur hubungan antaranya dan bekas suami masih baik hingga ke hari ini.

“Alhamdulillah, hubungan kami baik. Memandangkan kami punya anak, dia tetap ayah kepada anak saya.

“Insya-Allah, saya reda atas ketentuan Allah SWT. Pasti ada hikmah yang terbaik diatas setiap yang berlaku,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.