Satu hari khas kutip sampah kitar semula - Utusan Malaysia

Satu hari khas kutip sampah kitar semula

RODZIAH Ismail (tiga dari kiri), Zamani Ahmad (dua dari kiri) dan Juan Aranols melakukan gimik program pelancaran program Kitar Semula Perumahan Strata. - UTUSAN MALAYSIA / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Satu hari khas untuk kutip sampah barangan kitar semula dekat kawasan perumahan strata di sekitar Selangor akan dilaksanakan bagi menggalakkan penduduk di negeri ini melaksanakan pengasingan bahan buangan.

Langkah itu sebagai usaha memupuk sikap kitar semula dalam kalangan penduduk serta meraikan mereka yang sudah pun melaksanakan pengasingan sampah untuk dikitar semula secara kendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Rodziah Ismail berkata, perkara itu akan dicadangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

“Tempoh kutipan sampah kitar semula sekarang tiga kali seminggu atau mungkin secara harian tetapi kita cadang wujudkan satu hari khas.

“Ia supaya dengan cara itu mungkin mereka sudah tahu dan bersiap sedia pada hari apa perlu kumpulkan bahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Nestle Products Sdn. Bhd. dan KPT Recycle Sdn. Bhd. sempena program Kitar Semula Perumahan Strata baru-baru ini.

Yang hadir sama Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols dan Pengarah KPT Recycle Sdn. Bhd., Lee Chay Chan.

Jelas Rodziah, aktiviti pengasingan barangan tersebut wajar dilakukan bermula dalam kalangan suri rumah terlebih dahulu memandangkan golongan itu kerap menguruskan isi rumah.

“Pengasingan sampah ini perlu bermula daripada suri rumah supaya mereka tahu kaedah mengasingkannya mengikut kategori sekali gus bersama mendidik ahli keluarga yang lain,” katanya.

Sementara itu Zamani berkata, menerusi MoU tersebut pihaknya dan syarikat Nestle akan menjayakan program perintis tersebut melibatkan 540 isi rumah di Seksyen 18 dan Seksyen 24.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya