Sasterawan Negara Kemala meninggal dunia dalam tidur

Sasterawan Negara Kemala meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sasterawan Negara Ke-11, Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala telah meninggal dunia pada hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anaknya, Ainal Adnin Ahmad Khamal yang dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Kemala telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 12 tengah hari di dalam tidurnya.

“Jenazah Allahyarham diuruskan di Surau as-Sahabah di Seksyen 7, Kota Damansara untuk dikafankan dan solat jenazah.

“Sehubungan dengan itu pihak waris dan keluarga telah menetapkan upacara pengurusan jenazah almarhum pada hari ini selepas waktu Zuhur di Surau as-Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara.

“Muslimin dan muslimat, saudara mara kepada almarhum yang jauh dan dekat dengan rendah hati dimohon menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan akan kesejahteraannya di alam kubur dan akhirat kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang merakamkan ucapan takziah terhadap berita pemergiaan tokoh sasterawan tersebut.

Menurut DBP, pihaknya menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air. 

“Allahyarham memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara. Beliau sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan bergiat aktif bersama-sama DBP demi bahasa dan persuratan Melayu. 

“Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” kata DBP hantaran Facebook.

Anak kelahiran Gombak itu merupakan tokoh yang banyak menghasilkan bukan sahaja puisi dan cerpen tetapi jufa banyak dalam penulisan esei dan buku ilmiah. 

Antaranya beberapa karya terkenal penerima Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) itu seperti Anasir yang diterbitkan pada 1983; Mata, Rumah dan Merpati (2012); Di Bumi Lain (1976) dan Malam Perhitungan (1966). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya