Liga Super: TFC tersungkur di laman sendiri

Liga Super: TFC tersungkur di laman sendiri

PEMAIN Terengganu FC (TFC), Azam Azmi (dua dari kanan) mengasak pemain Imigresen FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tersungkur di hadapan penyokong sendiri selepas tumpas 1-3 menentang Imigresen FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam ini.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyaksikan TFC berada di tangga keenam liga manakala Imigresen FC membalas dendam kekalahan 2-3 kepada skuad Penyu itu pada aksi pusingan pertama.

Dalam perlawanan berkenaan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Raianderson da Costa Morais pada minit keenam namun Imigresen FC melakukan kebangkitan dengan dua gol pada babak pertama dan satu lagi di separuh masa kedua perlawanan.

Kebangkitan pasukan pelawat bermula pada minit ke-18 apabila pertahanan import tuan rumah tertampan bola masuk ke gawang sendiri, sekali gus memadam kelebihan jaringan TFC.

Imigresen FC kemudian mendahului perlawanan dengan 2-1 selepas memperoleh tendangan penalti yang disempurnakan penyerang import, Eduardo Jose Vegas pada minit ke-32.

Vegas menjadi duri dalam daging kepada pasukan tuan rumah apabila meledak gol kedua peribadi dan ketiga Imigresen FC pada minit ke-48 sekali gus membolehkan pendatang baharu Liga Super itu membawa pulang tiga mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN