Sarawak, Pusat jalin kerjasama bangunkan data raya

Sarawak, KPLB jalin kerjasama bangunkan data raya program pembangunan

PATINGGI Abang Johari Tun Openg (tiga dari kanan) menerima cenderhati daripada Mahzir Khalid semasa perjumpaan tersebut bersama-sama rombongan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar di di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bakal menjalin kerjasama bagi membangunkan sistem data raya berkaitan program pembangunan di negeri ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, perkongsian data raya itu akan membolehkan penyelarasan secara mantap semua program pembangunan di Sarawak dimantapkan

“Hari ini kita ada persetujuan antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Ketua Menteri Sarawak berkenaan perkongsian data (data raya), kita nak membangunkan satu sistem.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk KSU bahawa kita bersetuju untuk membangunkan satu sistem data raya yang boleh kita kolaborasi dengan negeri (Sarawak), maksudnya kita kongsi data bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya, jalan kampung, ameniti sosial, rumah PPRT, baik pulih, Tadika Kemas yang bawah kementerian dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Mahdzir lagi, sistem data raya dalam bentuk maklumat setempat itu akan memudahkan penyelarasan di peringkat kementerian dan agensi kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

Selain itu, katanya ia boleh mengelakkan pertindihan serta memudahkan pemantauan bagi setiap kawasan dan projek yang dilaksanakan.

Susulan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak itu, Mahdzir berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut di peringkat pegawai tinggi kedua-dua pihak kementerian dan kerajaan Sarawak untuk penyelarasan projek pembangunan kementerian.

Katanya, secara pentadbirannya, penyelarasan itu akan melibatkan tiga peringkat iaitu persetujuan peringkat kementerian dan kerajaan negeri, peringkat pengurusan tertinggi kementerian dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan peringkat teknikal yang membabitkan pegawai pelaksana.

“Untuk membolehkan penyelarasan projek-projek pembangunan Persekutuan melalui kementerian kepada negeri Sarawak, terdapat empat komponen, pertama adalah jalan luar bandar; kedua adalah bekalan elektrik luar bandar; ketiga bekalan air luar bandar, dan keempat kesejahteraan rakyat yang melibatkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT,” jelasnya.

Selain itu, Mahdzir berkata, kementerian turut mengambil kira cadangan Ketua Menteri Sarawak untuk menentukan program pembangunan mengikut fokus kawasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.