Saintis sosial Singapura dilantik sebagai Utusan Khas PBB

Pelantikan saintis sosial Singapura sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar disambut baik

NOELEEN HEYZER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyambut baik berita pelantikan warga Singapura, Dr. Noeleen Heyzer sebagai Utusan Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) baharu ke Myanmar.

Pelantikan saintis sosial terkenal dari republik itu yang juga bekas diplomat kanan di PBB, bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Christine Schraner Burgener dari Switzerland.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, pelantikan Heyzer, 73, tepat kerana diplomat wanita itu pernah berurusan dengan Myanmar.

“Malaysia percaya beliau akan menggunakan segala pengalaman dan kepakaran dirinya bagi membina hubungan baik dengan junta ke arah proses perdamaian di Myanmar,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengumumkan pelantikan rasmi Heyzer mengambil alih jawatan tersebut yang mula diwujudkan oleh badan dunia itu pada 2018.

Pemilihan Heyzer, graduan terbaik Universiti Nasional Singapura itu turut berdasarkan latar belakang dirinya amat rapat dengan tokoh reformis dan bekas Presiden Myanmar, Thein Sein.

Pelantikan beliau disambut baik pemimpin bekas parti pemerintah Myanmar, Liga Demokrasi Nasional yang kini hidup dalam buangan sejak rampasan kuasa junta pada 1 Februari lalu.

ASEAN turut melantik Menteri Luar Negeri II Brunei, Datuk Erywan Yusof sebagai Utusan Khas blok serantau itu ke Myanmar sejak 4 Ogos lalu namun tugasnya berdepan banyak isu.

Terbaharu, beliau dihalang junta daripada bertemu bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi pada 14 Oktober lalu atas alasan pemenang Nobel itu berdepan tuduhan jenayah berat.

Mengulas lanjut, Saifuddin berharap usaha terbaharu PBB itu bakal membawa Myanmar kembali kepada proses rundingan bagi mengakhiri kemelut politik dan kemanusiaan di sana.

“Malaysia sedia menyokong dan memberi bantuan secara membina dengan Heyzer serta semua pemegang berkepentingan dalam memulihkan semula konflik di Myanmar,” tegasnya.

Ia mengambil kira rekod cemerlang dalam isu pelarian Rohingya apabila meninjau situasi di lapangan bersama bekas Setiausaha Agung ASEAN, Allahyarham Surin Pitsuwan pada 2009.

Pada masa sama, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Burgener yang banyak terlibat secara langsung dengan junta Myanmar sepanjang tempoh tiga tahun perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya