Rentas negeri: Polis Negeri Sembilan pantau kelancaran trafik - Utusan Malaysia

Rentas negeri: Polis Negeri Sembilan pantau kelancaran trafik

Tinjauan keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bandar Ainsdale, Seremban hari ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula esok.UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan akan sentiasa bersedia untuk mengadakan pemantauan bagi melancarkan keadaan trafik di negeri ini susulan kebenaran bagi aktiviti rentas negeri bermula esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang trafik akan diteruskan seperti biasa dengan menjangkakan jumlah kenderaan memasuki ke negeri ini pastinya bertambah.

“Polis sedia memantau bagi kelancaran trafik dan penguatkuasaan undang-undang trafik akan diteruskan seperti biasa.

“Tidak dapat diketahui jumlah sebenar, (kemasukan kenderaan) tunggu buka nanti baru kami analisis. Sudah pasti ia bertambah walau di mana sahaja,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, pihaknya juga akan meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai selain pada masa yang sama aktiviti pencegahan jenayah juga akan ditingkatkan.

“Sistem penyampaian perkhidmatan dipertingkatkan bagi menjamin ketenteraman awam dan keselamatan penduduk Negeri Sembilan sentiasa dipelihara,” katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas beliau hari ini mengumumkan, bermula esok, kerajaan membenarkan rakyat untuk merentas negeri.

Ia selepas peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN