Rentas negeri: KDN, PDRM terus pantau - Utusan Malaysia

Rentas negeri: KDN, PDRM terus pantau

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia terus membuat pemantauan dan penguatkuasaan meskipun kelonggaran merentas negeri sudah dibenarkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedua-dua pihak terbabit telah memberi jaminan kepada kerajaan untuk terus mengawal keadaan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia adalah selaras di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) bergerak dan Snap Check.

“Dalam pengumuman yang membenarkan kita semua rentas negeri dan saya nak tekankan dalam kenyataan Perdana Menteri, jangan kita bersiap lewa terhadap kelonggaran diberikan.

“Kebenaran yang diumumkan bukan bermakna pihak berkuasa bersikap lepas tangan. Jadi, kita telah mendapat laporan dan juga berbincang dengan KDN dan PDRM, mereka telah beri jaminan kepada kami bahawa pemantauan dan penguatkuasaan SOP yang sedia ada diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Quartet di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, pemantauan itu adalah seperti yang dilakukan sebelum ini iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Beliau dalam masa yang sama turut mengingatkan semua pihak yang bergejala untuk menghantar laporan di MySejahtera, seterusnya melakukan kuarantin kendiri.

“Kalau kesihatan merosot, maklum pada pihak berwajib. Lakukan kuarantin kendiri kalau sekiranya apa yang mereka hadapi berada pada tahap membimbangkan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, perbincangan tersebut turut memperhalusi pelaksanaan garis panduan penguadaraan dan kualiti udara.

“Garis panduan ini penting demi mengawal virus yang berada di udara terutama dalam persekitaran premis. Malah, faktor penguadaraan ini juga penting dalam kita beralih ke fasa endemik,” ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya