Program Kebun Komuniti diperluas di seluruh PPR - Utusan Malaysia

Program Kebun Komuniti diperluas di seluruh PPR

BARISAN pemenang Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Inovasi KPKT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Kebun Komuniti yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pertanian akan diperluaskan pelaksanaannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, sejumlah 50 PPR terpilih untuk dilaksanakan program itu dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), menjelang hujung tahun depan.

Katanya, setakat ini program berkenaan sudah dijalankan di 15 PPR terpilih melalui Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti.

Menurut beliau, sekretariat tersebut yang bertindak sebagai pemudah cara akan membantu penduduk bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dalam memastikan kebun komuniti dapat direalisasikan.

“Program Kebun Komuniti ini merupakan inisiatif kementerian ini bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pertanian.

“Hasil tuaian boleh dijual kepada penduduk setempat yang bukan sahaja dapat mengurangkan kos sara hidup peserta terlibat, malah hasil jualan dapat digunakan bagi membeli baja, tanah, benih dan anak pokok,” katanya selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi KPKT Tahun 2021, hari ini.

Ismail berkata, warga kerja kementerian turut digalakkan melaksanakan inovasi sama ada dalam urusan seharian dalam menyampaikan perkhidmatan atau penghasilan produk, serta memastikan inovasi yang dicetuskan mestilah praktikal, realisitik dan mempunyai keupayaan untuk diimplementasikan.

“Saya menyeru seluruh warga kementerian agar terus berusaha berinovasi dan mencari cetusan idea-idea baru bagi meningkatkan keupayaan kementerian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ismail turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anugerah Inovasi Menteri (AIM) iaitu anugerah paling berprestij, menyaksikan kumpulan Alor Setar Troopers dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, menjadi johan melalui projek Non Contact Current Tester, dan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala, sijil penghargaan serta geran pra-pendaftaran harta intelek dan paten projek bernilai RM15,000.

Kumpulan One Step dari JBPM Kuala Lumpur menjadi naib johan melalui projek Smart Evacuation Plan dan tempat ketiga dimenangi kumpulan Fury Bug dari JBPM Pulau Pinang dengan projek Forest Fire Power Bank.

Sebanyak 31 kumpulan menyertai pertandingan ini yang menawarkan tujuh anugerah dan wang tunai keseluruhan berjumlah RM37,500.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya