PRN Melaka: Rauf, Sulaiman hadir mesyuarat MKT UMNO - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Rauf, Sulaiman hadir mesyuarat MKT UMNO

AB. Rauf Yusoh (kiri) diiringi oleh Sulaiman Md. Ali hadir ke Menara UMNO, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini. UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hadir dalam mesyuarat Majlis Kerja Tinggi (MKT) UMNO pada malam ini.

Mereka tiba di ibu pejabat UMNO, Menara Dato Onn pada 8.15 malam ini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mesyuarat ini turut dihadiri Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli-ahli MKT yang turut kelihatan adalah Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Seri Ahmad Said.

Mesyuarat itu dibuat susulan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengadakan mesyuarat khas PRN Melaka pada Isnin ini.

Ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Namun, sehari kemudian, Rauf selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka membuat keputusan untuk membubarkan DUN.

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya