MELAKA: Kira-kira 500,000 pengundi berdaftar di negeri ini sekali lagi akan menentukan kerajaan baharu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa kelmarin, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari. Bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh memasyhurkan Proklamasi Darurat seperti di Sarawak, ekoran kebimbangan terhadap Covid-19. Pembubaran itu diumumkan oleh Yang Dipertua DUN,…