fbpx

30 November 2021, 11:07 am

  TERKINI

Polis terima laporan kehadiran individu dalam van putih cuba culik budak

LOW HANG SENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penduduk daerah ini risau sejak semalam mengenai satu pesanan suara yang meminta orang ramai berhati-hati mengenai kehadiran sebuah van putih yang didakwa cuba menculik kanak-kanak, di sini.

Menerusi rakaman itu, pemilik suara seorang lelaki mendakwa individu dalam van yang seakan-akan van pelancong bercermin gelap itu cuba menarik anak jirannya di kawasan perumahan di Taman Sri Lalang Indah, namun tidak berjaya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, polis sedang menyiasat secara terperinci laporan berkenaan yang diterima petang semalam.

“Satu laporan polis yang diterima pada 5.23 petang semalam berkaitan dakwaan cubaan penculikan di Taman Sri Lalang Indah, di sini.

“Laporan dibuat seorang wanita yang memaklumkan semasa dia dan dua anaknya berada di luar rumah telah melihat sebuah van berwarna putih nombor pendaftaran tidak pasti dalam keadaan mencurigakan menghampiri kanak-kanak itu yang ketika itu berjarak 30 meter dari pengadu.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi semalam, pengadu mengarahkan anaknya untuk melarikan diri balik ke rumah dan seterusnya van tersebut beredar dari tempat kejadian” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengesan van yang dilaporkan oleh pengadu.

Kata Hang Seng, poils dalam pada itu mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang menimbulkan sebarang kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang melalui talian 07-7784222,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI