Polis Pahang lupus 14 jenis dadah bernilai RM563,000 - Utusan Malaysia

Polis Pahang lupus 14 jenis dadah bernilai RM563,000

RAMLI Mohamed Yoosuf (dua, kanan) menunjukkan barang kes terdiri daripada 14 jenis dadah dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang akan dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang melupuskan barang kes yang merupakan 14 jenis dadah dianggarkan bernilai RM563,000 bagi tempoh 2008 hingga 2021.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, barang kes dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang dimusnahkan itu adalah heroin seberat 6.07 kilogram (kg), Methamphetamine (2.61 kg), kanabis (869.09 gram), ketamin (94.54 gram) dan Nimetazepam (256.31 gram).

Menurutnya, turut dilupuskan dadah jenis Yaba (51.82 gram), Estasy (7.93 gram), air ketum (13,779 liter) dan  daun ketum (70.5 kg).

“Pelupusan barang kes ini akan dilakukan kontraktor bertauliah yang dilantik di sebuah pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, Khamis ini.

“Dadah yang dilupuskan melibatkan barang kes bagi kes-kes yang telah pun selesai dari seluruh daerah di negeri ini,” katanya dalam sidang sidang akhbar sempena majlis pelupusan barang kes itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 320 tangkapan dilakukan dalam Op Sarang atau Op Jihad Dadah yang dilaksanakan di seluruh negeri.

“Jumlah tersebut membabitkan sembilan tangkapan kesalahan mengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 39A(2) (6 tangkapan),Seksyen 39A(1) (31 tangkapan) dan Seksyen 12(2) (34 tangkapan).

“Kes tangkapan tersebut turut melibatkan kesalahan di Bawah Seksyen 6 ADB 1952 dengan dua tangkapan, Seksyen 30  Akta Racun 1952 (8 tangkapan),Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (227 tangkapan) dan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ( 3 tangkapan),” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, pihaknya memberi perhatian serius dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.

“Usaha sebegini perlu melibatkan kerjasama semua pihak termasuk dalam kalangan masyarat sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya