PN Terengganu sedia hantar jentera bantu PRN Melaka - Utusan Malaysia

PN Terengganu sedia hantar jentera bantu PRN Melaka

AHMAD Samsuri Mokhtar mempengerusikan mesyuarat PN) Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) negeri bersedia menggerakkan jentera parti itu bagi membantu calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangannya, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tindakan itu akan diambil selepas mendapat arahan daripada kepemimpinan Pusat. 

“Bagaimanapun, arahan berkenaan bergantung kepada perkembangan politik semasa,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

Terdahulu, Wan Sukairi berkata, PN negeri selesai mengadakan mesyuarat kali kedua yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam. 

Katanya, mesyuarat itu antara lain menyentuh soal perkembangan politik Pusat dan negeri di samping bagi mengemas kini struktur organisasi PN di semua peringkat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya