PM lancar Bulan  Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 - Utusan Malaysia

PM lancar Bulan  Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021

ISMAIL Sabri Yaakob meninjau pasukan keselamatan di bawah unit Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Majlis Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di perkarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Bulan  Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak terhadap bencana khususnya bagi menghadapi  musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).

Penganjuran BKN pada Oktober setiap tahun adalah  selaras dengan sambutan International Disaster Day yang disambut pada 13  Oktober. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, bertemakan ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’,  kesiapsiagaan bencana adalah bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab setiap individu kerana semua orang mempunyai risiko terhadap  potensi bencana.  

“Budaya kesiapsiagaan  dalam kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi  kerajaan bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta  dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk orang perseorangan. 

“Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (Sendai Framework) menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab  yang perlu dikongsi bersama, membudayakan latihan secara bersepadu,  terencana dan berkesinambungan,” katanya pada majlis pelancaran itu hari ini.

Menurut beliau, sepanjang bulan ini, terdapat 36 program dan aktiviti dijadualkan  antaranya program Community Based Disaster-Risk Management (CBDRM),  Webinar: Mengenali hazad dan bencana di dalam dan sekitar Malaysia, Forum  Iklim Kebangsaan- Monsun Timur Laut 2021/2022 dan Tabletop Exercise (TTX) Pengurusan Bencana Bagi Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2021/22.  

Katanya, pihak kerajaan sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan  penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan  efisien agar mangsa-mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan sewajarnya.

Dalam pada itu,  Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara  (NADMA), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata,  sebagai persediaan banjir pada tahun ini, pihaknya akan memastikan tahap kesiapsiagaan semua agensi di tahap terbaik dengan melakukan simulasi persediaan bencana dalam bencana (Covid-19).

Katanya, situasi bencana banjir tahun ini dijangkakan sama seperti tahun lepas yang mana berlaku di negeri-negeri tertentu seperti di Pahang, manakala pada tiga bulan pertama tahun depan pula bakal melanda negeri selatan Johor, selatan Pahang, Sabah dan Sarawak.

Justeru, pihaknya akan menggerakkan agensi-agensi keselamatan untuk memastikan apa sahaja keadaan buruk berlaku dapat ditangani sebaiknya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN