PICK berjaya kerana Perikatan Nasional - Muhyiddin

PICK berjaya kerana Perikatan Nasional

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan program vaksinasi yang kini hampir mencapai 90 peratus adalah disebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau lega melihat kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia namun terus mengingatkan supaya semua terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kita semakin menghampiri 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi. Sepertimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan memberi kelonggaran rentas daerah dan negeri selepas kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Berkat usaha dan perancangan yang cekap oleh kerajaan bermula Mei lepas termasuk arahan meningkatkan kadar vaksinasi secara agresif selain mempertingkatkan kapasiti sistem kesihatan awam, bilangan kes positif telah menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

“Namun, suka saya ingatkan, kita masih perlu sentiasa mengambil langkah berwaspada memandangkan virus Covid-19 ini telah pun berada di dalam komuniti. Transisi dari tahap pandemik ke endemik bukan sahaja harus dilakukan dengan yakin dan berani tetapi juga perlu teratur dan penuh sistematik,” jelasnya dalam catatan akaun Facebooknya.

Setakat 3 Oktober, hanya tinggal 2.8 peratus untuk Malaysia mencapai 90 peratus vaksinasi dalam kalangan dewasa manakala Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Remaja) terus rancak dijalankan bermula bulan lalu.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, setiap daripada penduduk Malaysia harus mengambil langkah yang proaktif dalam melakukan penilaian risiko kendiri.

“Saya yakin kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memantau dan mengawal risiko penularan virus ini di sektor-sektor yang dilonggarkan.

“Ingat, semakin ramai yang menerima vaksinasi lengkap, semakin ramai yang terlindung dari dijangkiti dengan teruk oleh virus Covid-19. Dengan itu, beban kepada sistem kesihatan awam juga akan berkurang. Ini mendorong lebih banyak kawalan sektor ekonomi dan sosial dilonggarkan dan lebih cepat kita kembali menjalani kehidupan norma baharu.

“Sudah semestinya, semua ini dapat membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.