PH bentang strategi Bajet 2022 - Utusan Malaysia

PH bentang strategi Bajet 2022

TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Buat pertama kali, Pakatan Harapan (PH) membentangkan Strategi Bajet 2022 setelah sesi libat urus sebanyak 13 kali diadakan dengan kerajaan.

Ia selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) di mana perbincangan antara kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada setiap dasar yang ingin dilaksanakan.

Dalam hal itu, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi PH, Tony Pua berkata, beliau yakin cadangan bajet PH ini akan diambil kira dan dimasukkan dalam Bajet 2022.

“Dokumen Strategi Bajet 2022 Pakatan Harapan telah disampaikan kepada pihak kementerian untuk diambil kira dan ditiru semua pun tidak apa.

“Kita bahagi hak kepada pihak kerajaan untuk tiru semua strategi bajet yang telah disampaikan,” katanya pada sidang akhbar pembentangan Bajet PH di Parlimen, hari ini.

Bajet PH 2022 adalah berorientasi kepada usaha-usaha reformasi, inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Ia mengandungi 12 cadangan perbelanjaan iaitu menyeru suntikan dana segera berjumlah RM45 bilion berkaitan dengan Covid-19 bagi membantu rakyat.

Selain itu, kerajaan perlu memartabatkan institusi Parlimen sebagai platform dwipartisan tulen yang berkesan; menyokong pemulihan golongan rentan; mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik dan mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial.

Cadangan lain ialah mengukuhkan perkhidmatan sosial; memastikan taraf hidup dan mobiliti yang baik; melindungi wanita dan kanak-kanak dan membuat langkah-langkah khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, menerusi strategi ini, cadangan lain yang dikemukakan ialah ‘reindustrialisation’ iaitu menggalakkan pelaburan bernilai tinggi; reformasi fiskal dan membuat geran-geran khas.

Turut hadir dalam sesi pembentangan itu adalah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Kita telah kemukakan cadangan-cadangan dan sebahagian besarnya juga diterima.

“Walaupun kita belum tahu tentang kaedah terperinci kita kena tunggu ucapan belanjawan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya