PH belum buat keputusan nasib 4 ADUN Melaka - Anwar - Utusan Malaysia

PH belum buat keputusan nasib 4 ADUN Melaka – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir seminggu berbincang, Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat keputusan berhubung nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan masih diteruskan meskipun dilihat keempat-empat ADUN tersebut cenderung ke arah Pakatan Harapan (PH).

“Perbincangan diteruskan,” katanya ringkas ketika menghadiri sidang akhbar pembentangan Bajet Pakatan Harapan (PH) di Parlimen, hari ini.

Anwar sebelum ini menjelaskan belum ada keputusan parti anggota PH sama ada akan membuka pintu kepada empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka baru-baru ini.

“Mereka (empat ADUN) belum mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai kami walaupun mereka telah menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan,” katanya sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN