Pesakit di wad turun bawah 2,000 kes - Utusan Malaysia

Pesakit di wad turun bawah 2,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 89 kes berbanding kelmarin, 88 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 4 petang hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,770 kes.

Sebanyak 19 daripada 89 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,609 kes.

Sebanyak 703 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 366 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,608 orang.

Bagi kes positif hari ini, Malaysia mencatatkan peningkan sedikit iaitu 7,509 kes berbanding semalam, 7,420 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN