Pesakit positif Covid-19 di wad semakin berkurangan

Pesakit Covid-19 di wad semakin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 76 kes berbanding kelmarin, 69 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,138 kes. 

Sebanyak 14 daripada 76 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,680 kes. 

Sebanyak 666 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 329 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,228 orang. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,516 kes berbanding semalam, 5,745 kes sekali gus terus diatasi 9,401 kes sembuh manakala 669 kes ICU dan 333 kes memerlukan ABP.

“Tempat kerja terus merekodkan pertambahan tiga daripada empat kluster Covid-19, manakala bakinya, satu pendidikan lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya