Peruntukan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan - Utusan Malaysia

Peruntukan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan

SEORANG remaja yang ditemani ibunya menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi peruntukan sebanyak RM 32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan adalah yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Tambahan RM4 bilion turut disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

“RM2 bilion lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya