Peruntukan MITRA: 80 peratus syarikat disiasat seleweng dana untuk kepentingan peribadi - Utusan Malaysia

Peruntukan MITRA: 80 peratus syarikat disiasat seleweng dana untuk kepentingan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 10 syarikat yang telah menerima geran peruntukan MITRA mendapati 80 peratus daripadanya telah menyalahgunakan dan menyeleweng peruntukan untuk kepentingan peribadi.

Perkara itu diperoleh susulan sebanyak 18 orang pengarah syarikat telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan sejak siasatan dilakukan kelmarin sehingga hari ini.

Bukan itu sahaja, hasil siasatan lanjut juga mendapati, dianggarkan kira-kira 337 syarikat, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut telah diluluskan geran peruntukan MITRA sejak 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah lebih kurang RM203 juta.

Satu sumber memberitahu, pasukan penyiasat SPRM kini sedang meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan MITRA sepanjang tempoh itu.

Sumber menjelaskan, peruntukan paling tinggi yang diluluskan oleh MITRA ialah pada 2019 iaitu melebihi RM90 juta.

“Peruntukan itu diluluskan kepada kira-kira 205 syarikat, persatuan dan NGO. Daripada jumlah tersebut, terdapat 8 syarikat memperoleh geran peruntukan lebih RM1 juta.

“Difahamkan pasukan penyiasat mempunyai kekangan untuk menyiasat kesemua kira-kira 337 program yang telah disalurkan peruntukan. Justeru pendekatan memberikan fokus kepada peruntukan melebihi 1 juta akan dibuat pada masa ini,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, tumpuan siasatan SPRM akan dilakukan berhubung dua fasa di mana fasa pertama memberi tumpuan kepada kira-kira 27 buah syarikat, persatuan, NGO yang telah menerima antara RM1 juta hingga RM9 juta.

Bagi fasa kedua pula, SPRM akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan ke atas kira-kira 310 syarikat yang telah menerima peruntukan di bawah RM1 juta.

“Bagi penerima geran peruntukan di bawah RM1 juta, pasukan penyiasat telah mengenalpasti syarikat-syarikat tersebut dan pasukan khas yang dibentuk antara SPRM dan KPN akan memanggil semua yang terlibat untuk mereka membuktikan bahawa semua geran yang diterima telah dibelanjakan sebagaimana yang permohonan,” jelasnya.

Utusan Malaysia difahamkan, lebih ramai akan ditangkap memandangkan fokus tumpuan pasukan penyiasat di fasa pertama ini ialah terhadap penerima-penerima geran bernilai lebih RM1 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya