Pertandingan Fotografi Shah Alam 2021 dilanjutkan hingga 1 November - Utusan Malaysia

Pertandingan Fotografi Shah Alam 2021 dilanjutkan hingga 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melanjutkan tarikh tutup Pertandingan Fotografi Shah Alam 2021 hingga 1 November.

MBSA menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan, lanjutan tarikh itu bagi memberi peluang lebih ramai orang menyertainya sekali gus menyerlahkan bakat dalam seni kreatif fotografi.

“Individu yang berminat sertai pertandingan ini, anda perlu memuat turun borang dan syarat penyertaan di portal www.mbsa.gov.my,” katanya.

Pertandingan bertemakan Kami Sayang Shah Alam bermula sejak 20 Mac terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Lima kategori dipertandingkan meliputi bangunan atau mercu tanda, alam semula jadi, gaya hidup, aset majlis dan budaya norma baharu.

Pemenang akan dinilai melalui beberapa aspek berdasarkan tema, komposisi keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik selain foto diambil hendaklah di kawasan pentadbiran MBSA.

Tempat pertama bagi setiap kategori akan memenangi wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000), ketiga (RM1,000) dan hadiah sagu hati RM200 seorang untuk lima pemenang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN