Permohonan ekstradisi Sajat diserah ke Thailand - Utusan Malaysia

Permohonan ekstradisi Sajat diserah ke Thailand

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga yang dipercayai lokasi seterusnya.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan.

“Sekiranya tiada masalah, proses membawa pulang Sajat dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Abd. Jalil berkata, polis akan meneruskan proses membawa pulang kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

Ujarnya, permohonan tersebut akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya. 

Bulan lalu, media melaporkan Sajat memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Malah, usahawan itu dilaporkan sedang dalam proses menunggu kelulusan dari negara ketiga berkenaan.

Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya